Friday

Assalamualaikum. :) Harap korang masih sehat. Aku? Alhamdulillah flu dah pergi. Tinggal batuk je ada sikit. Selebihnya hanya sakit kepala yang datang menyerang. Kadang jelah bila tengah buat kerja tetiba gelap mata pastu macam nak pitam sikit pastu okay. Kurang tidur kot. Kot? HAHAHA kotlah....
Hurm k balik pada tajuk.

  H A T I .

Disaat lagu A Thousand Years by Christina Perri menjadi background music untuk mood aku malam ni. Disaat aku berhenti menonton Running Man, berhenti menatap wajah yang ku rindui di layar kaca -LEE DONG WOOK- Disaat fikiran tiba-tiba diganggu oleh sesuatu yang enggan pergi. Aku terasa nak menaip. Jadi sekarang aku sedang menaip. Kiranya masa korang baca blog ni *KALAU baca~* aku dah habis menaip lah. Okay harap korang dah nampak tanda-tanda luaran yang fikiran aku sedang agak kusut sekarang ni. Nampak? Bagus. Mak aku kata kalau nampak maknanya korang ni anak yang mendengar kata dan faham bahas. Eh k k. Rasa dah panjang sangat mencarut ni. Stop it girl
Hmmm. JATUH CINTA. Jatuh cinta? Kalau ikutkan aku ni jenis yang agak susah jugak jatuh cinta. Bila sebut pasal cinta ni, fobia jugak aku mendengarnya. Kenapa? Entahlah. Sebab takut putus cinta mungkin. HAHA memanglah semua orang takut putus cinta, kan? Mana ada orang yang gembira tentang tu. But what I mean is, fobia aku ni sebenarnya lebih kepada perpisahan. Aku paling benci perpisahan. Bagi aku, perpisahan tu seperti satu nightmare. But as a human, aku pun berhak nak berperasaan jugak kan? Cinta tu pasti akan hadir dalam setiap insan normal. 
Masalahnya, 
I'm hard to fall in love. But if I do, I'll fall hard.

So, bila-bila kalau kisah tu putus tengah jalan, aku mesti akan kalah teruk. Seteruk apa, biarlah rahsia. Tapi jangan risau. Aku kan penipu handal. Bak kata mak aku lah :3 Kalau bab-bab fake ni aku memang pakar. HIHIHI so apa kesah. Banyak ilmu topeng yang aku ada. Topeng senyum topeng ketawa topeng menangis topeng blur dan pelbagai lagi topeng yang sewaktu dengannya ;)

lol. Sini sajalah aku nak membebel. Penat. Besok pagi-pagi gerak Negeri Sembilan. Pulang ke kampung halaman. Ada wedding. Aku doakan korang yang baca blog ni masuk syurga k. HAHA I'm serious. K Assalamualaikum ;)

No comments:

Post a Comment